Aku sendiri tidak mengerti… apakah rasanya didalam hati ini…
Sejak kau ku temui… hatiku tidak lagi didatangi sepi…
Aku sukar untuk jatuh cinta… yang terhebat dapat ku rasa hanyalah memuja…
Dan dirimu benar ku puja…
Mungkin kau tertanya mengapa… Mengapa dirimu daku puja…
Akan tetapi aku tiada jawapannya….
Soal hati adalah sesuatu yang rahsia… aku sendiri pun tidak mengetahuinya…
Namun apa yang aku rasa ketika ini… adalah sesuatu yang aku tidak pernah inginkannya pergi…
Aku menjumpai diriku dalam dirimu… membuatku tidak pernah merasa jemu…
Kerana kau membuat hatiku rasa tidak menentu… dan adakalanya aku merasa buntu…
Apakah nanti akhirnya akan ada cinta antara kita… cinta yang mengubat hati yang pernah terluka…
No comments:
Post a Comment