Showing posts with label Poems of the heart. Show all posts
Showing posts with label Poems of the heart. Show all posts

Thursday

Rapuh Penuh

Dengarkan aku...
lihat aku dan bandingkan aku yang dulu... 
sama??? sama seperti yang kau pernah tau dulu???
dapat sudah kau bezakan aku??? 


Cuma kau saja yang tau... 
kerna kau yang sentiasa bersamaku... 
dan kerana kau aku bukan lagi begitu... 
bukan lagi aku yang suatu ketika dulu...


Apa peduli aku orang kata kita sesuai bersama atau tidak
ke semua kata mereka itu aku buat pekak... 
tak guna pun untuk kite bertekak... 
kerna kau saja yang mampu ajar aku berjalan dari dulunya aku merangkak... 

Monday

In her I lay...

In the dark...
I see a little spark...
But is it too little to start a fire???

The way her eyes linger...
how she move her finger...
each time when me touch each other...
had led me to be still and not go any further...

should I stay?
or go away and be astray...
but the heart can't except to betray...
and so beside her I lay...

safe and warm in her care...

Hikayat seorang pria...

Suatu masa dulu... pada waktu itu... pabila siang bagaikan malam... lagu berirama gurindam... mengalir darah luka dimana tidak terlihat oleh mata... hanya pada yang merasa...   mengetahui perit sengsara ditinggalkan cinta... tersembunyi ia didalam dada...


Hanya yang ada... cuma sepi... Sepi sendiri mengenangkan nasib sendiri... menyalahkan takdir, menyekat akal dari berfikir... hikmah itu ada disebalik setiap kejadian... hilang sebentar segala pedoman... yang datang cuma kiasan cebisan kenangan sewaktu bersendirian...


Datang rasa benci sebentar pada berlawanan jantina... setiap dari mereka semuanya salah... disangkal oleh akal berbeza namun tetap berjuang menentang... tidak mahu kalah... kerana hatinya masih lagi berdarah... masih pekat berwarna merah... mana mungkin dia akan menyerah...


Hari beganti minggu... namum masih lagi begitu... masih berpegang pada ideologi yang satu... kesemua mereka adalah jahat-jahat berlaka... mahu sahaja kesemua mereka dihantarnya ke neraka... agar mereka ketahui bagaimana perit dan sengsara yang berkubu didalam hatinya...


Dari minggu kepada bulan hinggakan tahun... kemarahan itu reda setelah hampir 36 purnama... semuanya berubah apabila............  

Wednesday

Tidak kita ketahui
Apa mungkin yang akan terjadi
Apa yang akan ditempuhi
Bagaimana kita akan diuji

Seperti kita yang tidak dirancang
Ia datang tanpa diundang
Diawalnya kita bimbang
Namun bersama, kita tenang...

Kau risau dengan caramu
Risau dirimu membuatkan ku buntu
Sedangkan risau itu tak perlu...
Apa Sahaja Dirimu... itulah aku...

Saturday

bahagia itu ada...

Malam tidak lagi sesepi
Hari yang tiada mentari
Pagi tidak lagi sesuram
Bagai tiada bulan diwaktu malam


Badai seperti biasa kan tiba
Tapi rasa tidak lagi sehiba sebelumnya
timbul sedikit ceria
tatkala dunia memudarkan warna


Masih boleh tersenyum


Firasat hati telah lama mati
terkubur dalam jasad ini
Namun bahagia dapat ku cari
masih dapat kurasakan kehangatan mentari
dikala hari telah meninggi


Datangnya dia dari masa silam
Menerangkan hati yang dulunya kelam
menyalakan api yang terpadam
riuh hatiku yang dulunya diam


Bahagia itu ada

Thursday

Kamu.. itulah aku...

Tidak kita ketahui
Apa mungkin yang akan terjadi
Apa yang akan kita tempuhi
Bagaimana kita akan duiji

Seperti "Kita" yang tidak dirancang
Ia datang tanpa diundang
Dimana pada awalnya kita bimbang
Namun bersama... kita tenang

Kau risau akan caramu
Risau dirimu akan buatkan ku buntu
Sedangkan risau itu tidak perlu
Apa sahaja dirimu... itulah aku...  

Wednesday

Mencari Kesempurnaan Hidup




Kadang2 diri terlalu inginkan perubahan
lalu sentimen "mencari kebenaran dilaungkan"..
setelah puas segala kejahatan yang dilakukan...
Namun tak fahami apa sebenarnya yang diertikan kebenaran...
yang nyata didepan mata
tak selalunya boleh dipercaya...
ada saja isi tersirat disebaliknya...
sedarkan diri...

kita semua milik Ilahi...
dengan kuasaNya kita berada dibumi...
Dengan kehendakNya kita kembali...
tiada apa didunia yang benar2 pasti...
cuma yang kita ketahui...
yang pasti itu mati...
maka persiapkanlah diri...
sebelum waktu itu menghampiri...
mane tahu.. mungkin sekejap lagi...

Monday

Rahsia hati yang pasrah




 



Sukar terasa apabila…
Mulut dikunci dari berbicara…
Sedangkan hati penuh dengan cerita…
Ingin sekali meluahkannya…

Namun pasrah…

Masa silam…
Buat aku terdiam…
Tak mampu berkokok seperti ayam…
Lalu aku simpan dalam-dalam…

Hampir ku kecundang…

Mereka tak mungkin mengerti…
Walau diterangkan berkali-kali…
Tak mampu mengawal emosi…
Jika diketahui… perang pasti terjadi…

Biarkan semuanya…
Biarkan terpendam…
Biar sangsi walau nahtujahnya mati…

Let it be...



Malam tiba…
Mencari rasa yang sepatutnya aku rasa…
Tapi tiada…
Hilang… lenyap kesemuanya…

Cuba aku terkenang…
Cuba untuk aku bayang…
Menyeru rasa itu datang…
Namun kecundang…

Kesimpulan kepada semua erti…
Kau pergi…
Kau telah mati…
Tapi aku??? Releks & steady…

Cuba memberontak…
Tetapi Kecelaruan emosi…
Cuba buat-buat pekak…
Tetapi suara-suara sumbang didengari…

Hanya berharap pada waktu….
Bukan pada sesuatu yang bakal berlaku…
Tak mungkin lagi kau ku seru…
Kau sesuatu yang aku tak perlu…



The littlest things that take me there…

Your hug.. your kiss...
Are the things I miss...
Your laugh.. your smile...
Makes it all worth while...

That first meeting...
The one that made my inside shaking...
Because I know you would be something...
But you end up to be my everyhing...

.........................................
.........................................
.........................................
...........................................

I can't continue... because it's hurting...

Sepatah dua kata

bila bersama aku seakan lupa...
sepertinya terhenti waktu dan masa
bukan bahagia yang dirasa...
tapi selesa bersama...

tak pernah terwujud
dalam angan
tak pernah terlintas
dalam fikiran
ada dia
yang datang
tanpa tau asal tujuan
mungkin suratan...
mungkin jua telah tertulis dalam perjalanan kehidupan...
tiap satu persoalan pastikan ada jawapan...
cuma kebijaksanaan diri yang mampu menguraikan...

telah sepuas daya
menolak
menafikan
menjauh
tapi tetap
ia masih tetap
mendekat
datang
dan sepertinya
menetap

Bagaimana bisa aku menjauh...
dengan pandangan dan semyuman yang kau berikan..
membuat aku rapuh...
lenyap mentaliti yang sebentar tadi inginkan kau pergi


dengan semua aku menidakkan engkau
kerana apa yang aku kenal
engkau seorang yang sukar
tapi setelah bersama
aku sendiri bingung
apakah perlu aku terus cuba melenyapkan kewujudan engkau
atau perlu aku berterus terang
pada dunia
yang bahawa
engkau terlalu payah untuk di tidakkan

apa yang ku tertarik bukanlah rupa... tidak pula pada kata-kata...
tapi pada sekeping jiwa
jiwa yg punya persamaan...
yang mengerti erti keperitan...
pembelotan... harapan... kepayahan dan kepenatan...
yang lesu dipermainkan kalian...
dan kiri berharapn pada perubahan...

tapi kau juga bingung
kita sendiri
bingung
yang aku harap
pemberi lindung aku itu
bukan engkau
bukan engkau yang aku kenal dari dulu dulu
dan bila keberadaan engkau
disisi
aku hilang dari dunia realiti
It's not the same...
Not like the first time you came..
Have you no shame?
After what you've said and what you've claim?

You may cry...
But I know that it's a lie...

Looking back...
Would only get me of track...
You have been sack...
Accept that as a fact...

You fail to appreciate...
You've build up hate...
When you fail to dictate...
You start to hesitate...

You will always be you...
Someone who always gets screw...
Because you don't know how to be true...
I'm sorry... but I can't no longer help you...

Friday

Dulu hati penuh cinta... 
namun cinta itu penuh dusta...
Kini hati membenci pula... 
Namun bukan kerana kecewa... 


Diri kini lebih bahagia... 
Kenapa Cinta nak mengganggu pula... 
kenapa perlu menunjukkan muka... 
sedangkan kau adalah punca... 
hidup ini porak peranda... 


Maaf???... owh itu sudah lama... 
tiada guna untuk mengingati luka.. 
yang terbaik melupakan dan menerima... 
semuanya adalah ketentuan"Nya" 


Maka lenyaplah cinta... 
Pergi... hilanglah selamanya... 

Saturday

Kisah Di waktu itu

Dalam hatinya terbitlah resah
Kerana itu perasaannya sentiasa gundah
Mempelajari bahawa hidup ini bukanlah mudah
Namun kehidupan merupakan anugerah yang indah


Hari berganti hari
Namun tiada apa yang mampu dinikmati
Seolah-olah hatinya telah mati
Kerana itu die memilih untuk menyendiri


Aku cuba untuk dekat padanya
Cuba untuk menghidupkan hatinya semula
Mengukir senyuman diwajahnya
Agar die mampu kembali gembira


Apakan daya aku manusia biasa
Walau dengan pelbagai cara
Tiada apa yang dapat menawan hatinya
Seakan tiada yang mampu mengubat dukanya


Namun tidak ku merasa kecewa
Tetap juga aku meneruskan usaha
Mengembalikan keceriaan bukan saja diwajahnya
Tetapi menyembuhkan luka dihati sepenuhnya

Cuba...

Fahami... mengerti...
cuba untuk mendengar...
Jangan berbalah
hasilnya tiada yang indah...


cuba hayati
semua rasa yang diberi
adakah antaranya ada kau cari
mungkin... tapi tidak menyedari


keinginan mengenali diri...
tapi diri... 
mengapa tidak ingin fahami.. 
cuba... 


kalah sedikit untuk kemenangan
dah merdeka
tiada apa lagi diperjuangkan
cuma mengekalkan kemerdekaan

Hati mati berbicara

Usah bicara hati mati
Hanya tidur seketika
Disaat bangunnya nanti
Mentari akan menunggunya 


Usah bicara tentang kecewa
tiada yang hampa 
Jika keduanya ikhlas mencinta
bahagia itu akhirnya akan tiba


Usah bicara perbandingan
perbalahan itu tiada makna
perbincangan... penyelesaian... 
cukup sekadar cuma... 


Usah bicara dusta
kata-kata menikam jiwa
kata juga membelai
kedua-duanya aku rasa


Teruskan bicara
kerana suaramu itu tenang
gusar akan hilang
walauku pergi pastiku kan pulang... 

Jelita yang terakhir ku cinta

Waktu kau ku temu kali pertama
Pintu hati ini berjaya kau buka
Kau datangkan segala rasa
Yang ku fikir telah tiada


Kau mampu buatku terpesona
bukan kerana paras dan rupa
bukan juga kerana nafsu semata
kerana itu mampu terlahirnya cinta


Dari mula aku cuba mendekati
Namun kau pula menjauhi
Mungkin kerana perasaan sangsi
Kerana masih belum mengenali


Tapi kerana suratan takdir
Dalam perjalanan hidupku kau hadir
Memperjelaskan segala yang zahir
Dikaulah cintaku yang terakhir


Walau kite banyak persamaan
tetap ada perbezaan pandangan
Namun Itu bukanlah suatu halangan
Semua dapat diselesaikan dengan perbincangan


Jangan pernah putus harapan
Disaat kita menghadapi kesulitan
Segala yang bakal terjadi dimasa hadapan
Kita sandarkan pada satu kenangan


Kenangan pada permulaan
Disaat aku membuat keputusan
Di malam kau dalam dakapan
Disaat kita mula sandarkan harapan


Cincin yang ku sarungkan dijari
Membawa erti hatiku kau miliki
Walau tiada apa yang pasti
Tetap inginku yakin dengan cinta ini


Semoga apa yang terbina tidak akan dipersia
Kerana keikhlasan yang melahirkan cinta
Harapanku dapat membawa kau ke sana
Menuju ke pintu syurga

fragile & flitzer - terapi hati...







 
















sepertinya takkan ada siapa pun yang sudi

bersama menemani aku sampai pagi
kerna aku mahu sebenarnya ada peneman yang memeluk jiwa aku
yang meneman aku sampai biru


ada yang sudi... tapi kita yg x pasti... atau bersama mereka sebenarnya kita sendiri yg xsudi... 

 ade yang terang kita lihat... tapi sebenarnya ade yang trsirat...
yang gelap tak bercahaya... tapi yang dicari sebenarnya ada... kadangkala xperlu gunakan mata... cukup dengan hati yang merasa

mungkin hati yang bingung
sendiri tak tahu apa kehendak diri
yang terlepas masih dalam angan
penat, lelah, dalam mencari keikhlasan.

bingung hati kerana terjadi berkali-kali...
mungkin salah sendiri... ada yang boleh dipelajari...
mencari insan dengan keikhlasan... 
sudah seperti sesuatu yg membosankan...
namun tergoda tatkala diri diberikan perhatian...
sekali lagi terjadi... susudah itu... merasakan rugi...

harus? perlu perasaan itu...
sedangkan diwaktu-waktu dulu..
hati ini tegar pabila dilakukan sebegitu...

mungkin jiwa kosong dan perlu dipenuh
mahu dipenuh
jadi terus percaya kata kata dan segala

tapi yang tiap kali nya terjadi
semua pergi kembali mencari kasih yang pernah ditinggal
bukan sekali, bukan dua, tapi berkali kali
aku dibiar biar
tertinggal tak terlihatkan
dan yang iyanya
aku memang si hati fragile
tersangat lah rapuh
dan kerja seharian aku
"mending heart broken"

adakala terdetik.. tertanya...
wujudkah insan yang dicari...
wujud dalam alam maya ini... 
atau sekadar wujud dalam khayalan fantasi...

pernah...
berhenti berharap... berhenti mencari...
namun tanpa duga... die datang lagi...
walau diri lebih waspada kali ini...
namun kecundang lagi...

berlagu lah irama dimana melodinya adalah sepi..


apa kau mahu saat ini
apa sebenar kau cari
kau sendiri tak pasti
tapi cuma kau tahu

dia tak ada
dia tak pernah ada
dia tak akan ada
kau langsung tak merasakan dia
kau juga langsung tak merasakan sesiapa

atau kau itu cuma terlalu tamak


salah kah tamak apabila memperjuangkan hak?
dimana hendak disimpan hati ini?
diatas rak?
dibiarkan berhabuk... dibiarkan buruk?
seolah diri tiada kuasa untuk bahagia...
seperti insan2 disekelilingnya....

cuma konflik diri... konflik hati...
mencari beza antara memahuan dan keinginan...
sesuatu yang sukar untuk diputuskan...
kerana itu tidak pernah ada keputusan... 

tapi yang cuma diketahui
diri itu tak terlihat kan! tak ternampakkan!
tak ada yang sudi memandang
tak ada yang terperasankan!
jadi macam mana mahu dijeritkan

yang hati ini memang begitu suci
memang penoh dengan kasih tak terperi!
(penoh emosi)

mereka sebenarnya yang rugi...
gagal mentafsir sebuah hati yang suci...
dan pabila tersedar kesilapan diri...
terhegeh mencari alasan untuk kembali...
namun hati ini dah mati...
tak terkapan tertanam dibumi...
jangan cuba untuk gali kembali...
tak akan jumpa apa yang kau cari... 

telah dibuangkan persaan itu jauh jauh
telah dibiarkan ia mati
takkan mahu ia mencari cari lagi
biar semua rasa itu hilang
menghapus
takkan mahu lagi

hati ini terlalu pedih disiat siat
dibiar biar di main main
ditinggalkan begitu sahaja
tanpa ada sebarang kata
tanpa ada sebab

walau disetiap hari itu
selalu aku in terkenangkan
tapi aku memang tahu
tak ada apa lagi yang boleh diselamat kan
dia itu segala nya bagi kamu
dan aku ini...
entahlah apa...



kau pergi bersama dia... 
tapi kau  bilang aku yg buat kau bahagia.. 
saat kau pergi hanya maaf mampu kau pinta... 
namun maaf kau tiada makna... 

aku tidak membenci... 
tidak seperti kau... aku tidak pernah maki... 
tidak sekali aku menyesali... 
menyerahkan hati ini... 
walau kau tak pernah sekali pun menghargai... 

adakala aku terkenang...
pernah juga mengharap kau datang... 
kembali pulang... 
tetapi senyap kau menghilang... 

pedih hati adalah rasa yang pasti... 
disiat... terguris lagi... 
hati berdarah kembali... 
namun redha dengan ketentuan ilahi... 



Fragile : Flitzer
"Love is a cycle. When you love you got hurt, you hate. When you hate, you try to forget. When you try to forget you start missing. And when you start missing... eventually you'll fall in love again "........
Pernah dulu... 
waktu itu... 
Wajahmu ku pandang tanpa jemu... 
dan bila berjauhan terasa rindu... 


tapi bukan sekarang... 
segalanya telah kecundang... 
tak mungkin lagi aku pandang kebelakang... 
hanya kerana kau ingin pulang...


pergi... pergi... 
telah lama mati hati ini... 
tiada guna kau kembali... 
apa yang kau cari itu tiada lagi... 

Monday

arrghh.... sial... 


kau seakan cuba menyeru aku kembali... 
mengganggu aku melalui mimpi... 
cuba menyelubungiku dengan rindu... 
cuba mengingatkan aku kepadamu.... 


mungkin ia aku rindu...
tidak mudah bagiku membuang rasa itu... 
tapi apa makna jika aku kembali... 
semuanya telah pun terjadi...
bukan sekali...
berkali-kali kau khianati... 


aku sendiri celaru... 
rasa apa didalam hatiku... 
inginku merasakan dendam... 
namun segera niat itu terpadam...


apa gunanya aku menghancurkan... 
apa perlunya aku menghapuskan... 
aku terima semuanya sebagai balasan... 
setiap dari segala perbuatan...


aku yakin akan tibanya waktu... 
takdir sendiri yang akan menghukum mu... 
seperti takdir telah menghukum ku...  
disaat itu kau pasti terkaku... 


menyesal dengan perbuatanmu... 
terkenang segala kata-kata ku... 
merasa berdosanya perbuatanmu... 
disaat itulah kau kan mencari aku...