MALUNYA
Seorang wanita muda telah terberanak di dalam sebuah lif. Dia pun malu macam nak gila dan tak mahu keluar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan pakar ilmu jiwa untuk pujuk wanita muda itu keluar.
Pakar ilmu jiwa tu pun bercakap ,
"Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biasa jek nih."
Wanita muda yang terberanak itu pun menjawab,
"Tak mau, tak mau, saya malu."
pakar ilmu jiwa itu menambah, "
Alah cik... tahun lepas saya ader 1kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata pakar ilmu jiwa tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak gila lalu berkata,
"Yang tu pun saya gak, uhwaaa.... !!!"
Pakar ilmu jiwa itu tak tahu nak cakap apa….
........................................................................................................................................
RAHSIA MENANGKAP IKAN
Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so crew TV4 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV4 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tengok cara isteri
pakcik tidur bila pakcik bangun pagi Kalau dia mengereng ke kiri,.
pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan, pakcik tebar ke kanan."
CrewTV4 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Itu tandanya rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi tu... "
CrewTV4 : "O, ye ke... "
........................................................................................................................................................
Siapa Salah
Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa pulak …..... ni laki dia la!"
Jururawat: "Pulak..!!!!. "
No comments:
Post a Comment