I don't like to commit myself about heaven and hell - you see, I have friends in both places...
Monday
Lelaki semua same je… perempuan pun…
Selalu je kite dengar bile ade perempuan putus cinta… mereka akan keluarkan statement “Lelaki semua same je”… bergantung pada jantina… anda juga pernah dengar lelaki menyatakan benda yang same… “Perempuan semua sama je”…
Aku dengar statement nie dari salah sorang bestfriend perempuan aku… die cakap die dah putus harapan dengan lelaki… dan olahannya… semua lelaki yang berdamping dengan die tak pernah memberi apa yang die mahu dan semuanya sama je.… tiba2… ja aku teringat housemate aku masa aku kat UiTM dulu…. Die pernah putus cinta jugak… pernah menyatakan benda yang sama jugak… Cuma gender yang berbeza… die juga pernah menyatakan perempuan semuanya sama…
Aku tak tahu macammane…mungkin dari banyak bahan bacaan yang aku baca… pengalaman sendiri… dan kebanyakkannya pengalaman orang laen aku perhati dan kaji yang membawa aku kepada satu cetusan idea dimana konklusi ini yang aku dapat simpulkan…
Setiap antara kita… dalam setiap individu ada daya penarik… dan setiap daripada kita hanya akan tertarik dengan orang yang mempunyai ciri-ciri yang kita mahukan… banyak contoh dan kesimpulan yang boleh diberikan…
Yang pertama, kite merujuk kepada mereka yang gemarkan sesuatu warna… sebagai contoh warna pink… Mereka yang menggemari warna ini akan serba serbi pink… dari baju, beg, wallpaper bilik, sarung bantal, kasut dan macam2 lagi contoh yang anda sendiri boleh fikirkan… begitu juga dengan cara kita memilih pasangan… kalau kita gemarkan perempuan berambut panjang… atau lelaki berkaca mata… kita akan tertumpu kepada mencari pasangan yang mempunyai ciri-ciri yang kita mahukan…
Akan tetapi, tak semua daripada kita yang gemarkan pada satu warna… apabila usia meningkat dewasa, kita akan gemar pada warna yang laen. Begitu juga dalam mencari pasangan… mengikut keadaan semasa… jika pada awal remaja dahulu kita mencari pasangan secara ala kadar… cukup dengan rasa cinta dah memadai… tapi bila dah dewasa dan ingin mendirikan rumah tangga… kita inginkan pasangan yang stabil dan boleh membimbing…
Yang kedua, kita boleh lihat pada majikan memilih pekerje. Ade kritiria tertentu sahaja yang mereka cari demi menjamin kelancaran dan kejayaan organisasi mereka… mereka tentunya tidak akan mencari pekerja secara membabi buta… kerana takut akan memakan diri kelak…
Untuk kesimpulan dari tajuk ini, lelaki atau perempuan yang mengeluarkan statement “lelaki/perempuan sama je semuanya” harus menilai sendiri orang2 yang pernah berdamping dengan mereka… adakah diri mereka sendiri memilih orang2 yang mempunyai ciri2 dan kritiria yang same… atau pun sebaliknya…
