pernah kau kata tanpa doaku pun kau kan bahagia... menikmati setiap saat kehidupan di dunia...
dan dalam waktu itu aku merana... kerana aku kecewa... kemudiannya kau cela... tapi aku rela.. aku terima... kerana perasaan kasih itu masih ada... waktu itu.. harapan ku cuma mahu melihat kau bahagia...
tapi kini waktu dah berlalu... banyak perubahan dah berlaku... aku sedikit pun tak pernah kau perlu... dan aku teringat kata2 mu... tiada tempat aku disisi mu... dan diriku telah lama mati...
aku tak mahu lagi hidup mengenangkan kisah yang lalu... aku ingin maju... bergerak ke depan dan membuat keputusan... tanpa lagi menghiraukan... bayang-bayang dan kenangan...
disini... telah aku ketemukan sebuah erti... terbuka hati untuk bercinta lagi... dia datang bukan lah sebagai seorang pengganti... tetapi seseorang yang memahami isi hati, diri dan jiwa ini... sesuatu yang kau xpernah beri... hari ini aku bebaskan kau pergi... jauh dari minda dan hati ini... semoga kau jumpa apa yang kau cari... dan kita.. xpernah akan bertemu lagi...
No comments:
Post a Comment