Berita terkini...
Ahli-Ahli kumpulan BKM atau "Budak Kaca Mata" dikatakan akan berpecah tidak lama lagi. Sumber dari seseorang yang rapat dengan kumpulan ini menjelaskan bahawa punca perpecahan bukanlah kerana tiada sefahaman sesama ahli tetapi kerana ketidak puasan hati dua orang ahli anggota mereka iaitu Ringgo (Vokalis & Lead Guitar ) dan Farel (Back up singer & Kerincing) terhadap mutu pengurusan syarikat rakaman dimana mereka bernaung. (Corrupted Standard Records). Mereka memilih untuk berpisah dan cuba untuk bergerak secara solo dan membawa haluan masing-masing.
![]() |
| Nizam cuba untuk mengelak dari gambarnya diambil juru gambar kami |
Difahamkan bahawa Nizam atau lebih popular dikenali sebagai "Zam Kawa" dikalangan peminat setia kumpulan ini akan terus memperjuangkan Band "Budak Kaca Mata". Walaupun bersedih dengan keputusan dua orang anggota kumpulannya (Ringgo & Farel) untuk meninggalkan kumpulan terbabit, beliau tetap redha.
Nizam yang difahamkan baru sahaja mendapat anak ke 3 baru-baru ini, kelihatan tenang apabila ditemuramah.
Beliau menyatakan bahawa beliau akan tetap terus memperjuangkan Band "BKM" dan dalam usaha untuk mencari bakat-bakat baru bagi menggantikan ahli yang telah pergi. Kumpulan ini juga akan mengadakan konsert terakhir mereka bersama pada Hari Jumaat ini di KTV Jalan Imbi.
Kumpulan yang popular dengan lagu "3 Abdul ini" akan membuat audition pada hari yang sama. Kepada mereka-mereka yang ingin mencuba nasib, dialu-alukan untuk menghadiri sesi audition ini.
-TAKBERNAMA-


No comments:
Post a Comment