Saturday

Jelita yang terakhir ku cinta

Waktu kau ku temu kali pertama
Pintu hati ini berjaya kau buka
Kau datangkan segala rasa
Yang ku fikir telah tiada


Kau mampu buatku terpesona
bukan kerana paras dan rupa
bukan juga kerana nafsu semata
kerana itu mampu terlahirnya cinta


Dari mula aku cuba mendekati
Namun kau pula menjauhi
Mungkin kerana perasaan sangsi
Kerana masih belum mengenali


Tapi kerana suratan takdir
Dalam perjalanan hidupku kau hadir
Memperjelaskan segala yang zahir
Dikaulah cintaku yang terakhir


Walau kite banyak persamaan
tetap ada perbezaan pandangan
Namun Itu bukanlah suatu halangan
Semua dapat diselesaikan dengan perbincangan


Jangan pernah putus harapan
Disaat kita menghadapi kesulitan
Segala yang bakal terjadi dimasa hadapan
Kita sandarkan pada satu kenangan


Kenangan pada permulaan
Disaat aku membuat keputusan
Di malam kau dalam dakapan
Disaat kita mula sandarkan harapan


Cincin yang ku sarungkan dijari
Membawa erti hatiku kau miliki
Walau tiada apa yang pasti
Tetap inginku yakin dengan cinta ini


Semoga apa yang terbina tidak akan dipersia
Kerana keikhlasan yang melahirkan cinta
Harapanku dapat membawa kau ke sana
Menuju ke pintu syurga

No comments: