Dalam hatinya terbitlah resah
Kerana itu perasaannya sentiasa gundah
Mempelajari bahawa hidup ini bukanlah mudah
Namun kehidupan merupakan anugerah yang indah
Hari berganti hari
Namun tiada apa yang mampu dinikmati
Seolah-olah hatinya telah mati
Kerana itu die memilih untuk menyendiri
Aku cuba untuk dekat padanya
Cuba untuk menghidupkan hatinya semula
Mengukir senyuman diwajahnya
Agar die mampu kembali gembira
Apakan daya aku manusia biasa
Walau dengan pelbagai cara
Tiada apa yang dapat menawan hatinya
Seakan tiada yang mampu mengubat dukanya
Namun tidak ku merasa kecewa
Tetap juga aku meneruskan usaha
Mengembalikan keceriaan bukan saja diwajahnya
Tetapi menyembuhkan luka dihati sepenuhnya
No comments:
Post a Comment