Thursday

Ade simpang kat depan... jalan yang mane ea?

Hurm... tiba masa nak buat keputusan lagi.... a big decision for my life...

Lepas Grad dulu... aku dah janji nak buktikan pada semua orang yang pandang rendah dengan kebolehan aku... lebih2 lagi pada mereka2 yang xsabar menunggu... yang pergi dan tinggalkan aku...

Awal dulu aku dah target nak stabilkan diri aku dalam tahun nie... xnak bergantung dan berharap lagi... dan dah tetapkan bulan 8 / 9 tahun ni sebagai dateline... dan alhamdulilah... dah terlaksana... cuma datang keputusan di persimpangan... nak memilih manekah jalan yang perlu diambil untuk mengukuhkan lagi kestabilan itu...

Puas dah 5 tahun merantau mencari arah yang sesuai... bina jaringan kenalan untuk memudahkan urusan dimasa hadapan... sesekali terdesak barulah mendapatkan pertolongan... walaupun sebenarnya... selalu dalam keadaan terdesak... pertolongan adalah yang terakhir aku kan pinta dari mereka... namun tidak sombong bile ade yang sudi menolong walau tanpa dipinta... terima kasih kepada mereka...

Keputusan menjejakkan kaki di KL nie... untuk betul2 berdikari dan hidup sendiri... walau pada awalnya terkial... dan suffer major setback dalam planning mencari kestabilan... aku bersyukur pada Tuhan kerana memberi aku apa yang aku sasarkan...

Permulaan perjalanan aku yang bermula di sebuah syarikat perlancongan... walau gaji xberbayar... aku tetap kerje seperti biase... hingga Standard Chartered memberikan aku peluang... bermula sebagai contract employee dengan gaji RM1164 pada bulan 5... aku berjaya mendapat permanent post dalam masa 2 bulan... dimana ada diantara mereka mengambil setahun hingga 3 tahun untuk dapatkn permanent post... aku sangat bersyukur... menitis air mata bile menyampaikan berita ini pada ibu... dan sekarang alhamdulilah... gaji aku dah capai RM1600...

Namun aku diberi peluang lagi... sama ada untuk mengejar impian yang tersekat sebelom ni... atau teruskan apa yang ade sekarang dan terima tawaran kenaikan pangkat...

Impian aku dulu untuk terbang di awan biru... berkali2 peluang itu hadir... namun aku tolak kerana ada komitment di darat... Tapi kali ini datang lagi... terbang bersama Singapore Airlines... dan aku serious memikirkan kemungkinan itu...

Tawaran kedua ke Scope International... out source company kepada Standard Chartered... jawatan yang ditawarkan sebagai Senior Global Operation Officer dengan gaji permulaan RM3000...

dua tawaran ini ade baik dan buruknya...

Singapore Airlines menawarkan Gaji SGD yg boleh mencecah 5000SGD dalam sebulan... memberi aku peluang melawat pelbagai negara di dunia... namun... aku dijadikan maid diudara... kerje bagaikan hamba... dan hubungan didarat akan terputusan sama sekali... dan pekerjaan steward nie akan melibatkan aku membuat kerje2 haram...

Scope pula menawarkan aku MYR3000... Jawatan sebagai officer... dengan staff aku sendiri... ade authority... dan peluang untuk reunite dengan kawan2 aku di Uitm segamat dulu... serta impian kecil aku untuk  sambung study dan further degree...  tapi... aku di Gulf trade... yang memaksa aku mengikut waktu kerje negara sana... 12.pm - 10 pm-12am...

apa-apa pun keputusan itu nanti... akan dibuat lepas raya... so ade sedikit masa untuk aku mendapatkan pandangan dan cadangan orang laen dari sudut penglihatan mereka...

No comments: