Sunday

Rahsia -Intuisi Gerak hati



Hari itu seperti kebiasaan hari.... setelah penat bekerje seharian... Helmy akan duduk di hadapan TV sambil menikmati makanan yang dimasaknya sebentar tadi.... Memandangkan duit poketnya kering... memasak makanan untuk dirinya sendiri adalah caranya untuk menjimatkan perbelanjaan... walaupun petang tadi akaunnya telah pun di kreditkan MYR300.00... Helmy kesal... baru sahaja orang tuanya mengirimkan MYR600 minggu lepas... namun... habis kesemuanya... jadi die memilih untuk memasak untuk berjimat... Dia lebih suke masak makanannya sendiri jika berjauhan dari keluarga... kerana tiada apa yang menepati selera tekaknya selain masakan ibunya... 

Dengan penuh lahap... tanpa memikirkan orang laen yang kelaparan... tanpa menoleh kiri mahupun kanan... die terus menyuapkan nasi ke dalam mulut... sememangnya die kelaparan kerana tidak menjamah sebarang makanan   sejak pagi... Sambil menonton siaran berita... sambil itu juga die leka menyuap nasi ke dalam mulut... namun tiba-tiba... terhenti... nasi di pinggan masih ada separuh lagi... tapi perutnya yang lapar seakan-akan telah kenyang... namun di cubanya menyuapkan lagi nasi... masih juga die merasakan seperti tadi.... tak sedap hati... 

Die meraba-raba poket seluarnya... seakan-akan tidak berhasil... dia cuba pula mencari disekelilingnya.... tiada... "Mane la pulak handset aku tadi..." dengus Helmy apabile gagal mendapatkan handsetnya... "Asal aku rase laen macam lak nie... " bicara Helmy sendiri di dalam hati... "Aduh... tadi ade... kat billik ke... aku cas kat bilik nie..." seakan meyakinkan diri sendiri... Helmy bergegas berlari menaiki anak tangga untuk ke biliknya... lalu dicapainya handset yang dicasnya ditepi katil... ternyata... rasa tidak sedap hatinya terjawab... die mendapat 2 message dari Wannie... seorang perempuan yang dikenalinya sejak 3 bulan lalu... Helmy membuka msg yang pertama.. "B... kalau I buat salah u maafkan x?" pesanan ringkas dari Wannie itu membuat die tertanya-tanya... lalu dibuka pula message yang kedua "B... tolong I bie... sakit... I dgn die... maafkan I B..." serentak dengan itu Helmy mula menghemburkan kata-kata makian dan cacian... "Babi punya jantan... sial tol lah" serta merta tangannya mendail no phone Wannie... sambil die seperti tidak keruan berjalan ke sekeliling bilik memikirkan apa yang harus dilakukan dahulu... 

Die berhenti sejenak... masih lagi tidak mendapat jawapan dari handset Wannie... lantas die terus bersiap... dengan tangannya yang telah pun kering dengan kesan nasi.... dan makanan di pinggannya yang masih tinggal separuh lagi... Helmy segera ke bilik air... mencuci tangannya... pinggan makanan dibiarkan sahaja di atas meja... baju dan seluar telah pun disarungkan... lalu bingkas die mengcapai handsetnya yang dicampakkan di atas katil sebentar tadi... dan mendail semula nombor Wannie... setelah beberapa ketika... berjaya... die mendengar suara Wanie di hujung talian... "Wannie... where are you? U kat sane ea... kat rumah die..." soalan ditujukan Helmy sebaik sahaja dapat menembusi talian... "U... tolong u... I dah lari keluar... I tengah sembunyi nie... tapi xde jalan keluar dari kawasan nie... B tolong B.. cepat datang selamatkan I... " pinta Wannie kepada Helmy... "Okey2... U cari tempat yang selamat dulu... 45minit lagi I sampai..." Helmy cuba untuk menenangkan Wannie yang seperti separuh histeria didalam ketakutan.... Wannie sedang diburu.... die buntu... menyesal dengan tindakkannya... die meminta Helmy untuk membantu... 

Bersambung....

No comments: