Helmy duduk di tepi katil... termenung berfikir sejenak... dia tidak suka berada dalam keadaan marah... segera die menggenggam tangannya... sambil mulutnya terkumat kamitkan sesuatu... Helmy menarik nafas dalam-dalam... lalu perlahan dihembuskan nafasnya keluar... "Rasional... aku xboleh dalam keadaan marah... atuk dah tolong buang dulu..." Helmy cuba menenangkan dirinya sendiri... terkenang pesan arwah datuknya kepadanya dahulu... tiba-tiba lamunannya tersentap... handsetnya berbunyi... dan seperti dijangka ia panggilan dari Wannie yang sedang berada dalam keadaan ketakutan.... segera Helmy menjawab panggilan tersebut. " Hello, u kat mane sekarang nie?." tanya Wannie sebaik Helmy menjawab panggilannya... "I datang ok... Kali ni I tak akan mungkir janji I... kalau I tak ada sebelah kanan you... i akan ade sebelah kiri... remember?" Helmy cuba menenangkan Wannie dengan mengingatkan die kembali akan janjinya dulu... "You.. cepat you... I takut... die tengah cari I... I dah tak tahu nak pergi mane nie.." Wannie masih lagi bercelaru dan di dalam ketakutan...
"I datang... ok... secepat mungkin... U pun tahu bukan dekat... sembunyikan diri u dulu..." Helmy dengan nada yang tegas cuba sedaya upaya menenangkan Wannie... Setelah itu perbualan terhenti... talian terputus tiba-tiba... Helmy dengan segara mencapai kunci kereta... sebelum die keluar... dia mencatatkan sesuatu pada kertas dan diletakkan diatas meja... pada kertas tersebut tercatat alamat dan pesanan untuk rakan sebiliknya... lalu bergegas dia menuruni anak tangga dan menuju ke pintu hadapan... setelah memastikan semuanya lengkap... Helmy menuju ke keretanya dan tanpa membuang masa die terus menyumbatkan dirinya ke dalam perut kereta... Dengan pantas enjin dihidupkan... lalu memecut laju ke destinasi...
"Aduh... duit takde nie... kene withdraw dulu... harap-harap minyak kereta nie sampai lah kat stesyen minyak dekat highway tu." Helmy mendengus... dalam keadaan die ingin cepat... segalanya seakan-akan melambatkan urusannya... die cuba tenang... tetapi dia terfikir apa yang pernah diberitahu oleh Wannie tentang bekas teman lelakinya dahulu... "Aku nie biar betul... selamba je nak pergi perang nie... diorang tu dah la ramai... nie buta-buta bunuh diri namanya nie..." Helmy sedang berfikir secara rasional cara untuk menghadapi masalahnya... Dia mencapai handsetnya... lalu die mencari sesuatu di dalam phonebooknya... dia membelek nombor didalam list nama "the past" lalu tertera satu nama... "Amin Bangsar"... tiba-tiba tangannya seakan terketar... fikirannya mula menjadi celaru... sedang acuh tak acuh dengan apa yang ingin dilakukannya... dia meletakkan handsetnya ditepi... lalu meneruskan pemanduannya ke stesyen mintak...
Setibanya di stesyen minyak... Helmy segera keluar dari keretanya dan meluru masuk de dalam kiosk stesyen mintak tersebut... dia mencari mesin ATM untuk mengeluarkan wang... "RM200 nie cukup la kowt... baki RM100 tu nak buat belanja aku..." Helmy membuat kira-kira untuk mengetahui perbelanjaan perjalanannya nanti.... setelah itu dia ke kaunter dan mengisi penuh minyak keretanya... sambil mencapai beberapa barang untuk dijadikan bekalan perjalanan... Setelah selesai... Helmy kembali masuk ke dalam kereta... dia kemudiannya berhenti ditepi stesyen mintak itu lalu dicapai kembali handsetnya... sudah 15minit berlalu sejak kali terakhir dia mendengar suara Wannie... lalu di dial nya nombor telefon Wannie untuk mengetahui situasi Wannie sekarang... baru sahaja Helmy ingin menekan butang call... Handsetnya sudah pun berbunyi... panggilan dari Wannie... lalu segera dijawab...
"Hello.. B.. you dah kat mane nie... I dah penat nak sembunyi nie... takut... sini dah la banyak hutan" Wannie di hujung talian cuba untuk mendapatkan maklumat dimana lokasi Helmy... " I dah half-way dah nie... tolong jaga diri you... tunggu sampai I sampai." jawab Helmy... "Bateri handphone I dah low nie... cepat you" pinta Wannie dengan nada cemas... "Ye.. ye... I cuba sampai secepat mungkin"... Helmy memecut laju keluar dari stesyen minyak... dia kembali mencapai handsetnya... lalu mendail suatu nombor... tapi kali ini bukan Wannie yang dicarinya... dia cuba untuk menghubungi kenalan lamanya... Helmy sedar tindakkannya itu telah pun melanggar janjinya pada diri sendiri dahulu... namun.. didalam keadaan terdesak... die terpaksa... Dia cuba untuk menghubungi Amin... kenalan rapatnya di bangsar suatu ketika dahulu... ternyata amir masih lagi menggunakan nombor lamanya... Helmy mendengar bunyi talian berdering... hatinya berdegup kencang... "Aku dah lame nie tinggalkan diorang semua... aku kat sini pun diorang tak tahu nie... erm... Wannie... kenape lah untuk kau aku lakukan semua nie" Helmy berkata sendirian...
Tiba-tiba... bunyi deringan talian terhenti... "Hello..." suara dihujung talian... Helmy terkedu tanpa bicara seketika... "Hello... Zul ke nie? " suara dihujung talian bertanya meminta kepastian... Zul adalah panggilan Helmy dikalangan teman-teman seperjuangannya dahulu... "Hello bro... ye aku nie.." lemah Helmy membalas... "Wey mane kau menghilang bro?... ape cer kau skrang?" Amin teruja mendapat panggilan dari Helmy... namun berbeza pula dengan Helmy... "Mane geng-geng kite semua? diorang sehat" tanya Helmy untuk memulakan bicara... kepalanya sedang ligat memikirkan bagaimana hendak memulakan bicara dan memberitahu mereka bahawa die ingin meminta bantuan... "Eh kau nie.. dah kenape? tahu pun kau rindu kitorang ea... budak-budak semua ok je... kitorang tengah lepak kat port." balas Amin yang sedikit pelik dengan pertanyaan Helmy sebentar tadi... "Kau kat mane nie? bile nak datang sini... kau dah cuci tangan ke ape? ke kau ade prob nie?" tambah Amin. Helmy tersentap... dia terkejut dengan pertanyaan Amin... "ea kau nie bagus betul lah.. dah tahu ape yang aku nak" bicara Helmy sendiri di dalam fikirannya... oleh kerana kesuntukkan masa... Helmy memberanikan diri untuk menerangkan situasi yang dihadapinya... "Bro.. kau nie masih macam dulu lagi... skill ahlil nujum mentafsir kau tak tumpul lagi..." terang Helmy kepada Amin... sambil menghembuskan nafas seolah berat ingin melepaskan apa yang terbuku dihatinya... "Aku sebenarnya ade kat sini... aku ade problem besar bro..." lepas jua apa yang ingain diperkatakan Helmy...
bersambung...

No comments:
Post a Comment